GADIS SEMASA SUNSILK

30 January 2011




Gadis Semasa Sunsilk merupakan sebuah drama realiti yang mengisahkan tentang pencarian seorang insan yang mampu memenuhi kriteria dan kualiti untuk digelar gadis masa kini. Seseorang itu haruslah mempunyai bakat asli yang cukup menyerlah, mempunyai gayanya yang tersendiri dan yang penting, dialah yang sering disebut-sebut dari bibir ke bibir. 

Bersama menjayakan projek ini adalah 3 orang mentor berwibawa yang akan mengasah bakat, menyerlahkan lagi penampilan gadis semasa yang terpilih. Mereka yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air ialah Ajai, Wardina dan Bambang Soteto.

Sebagai seorang komposer, penerbit muzik dan penyanyi yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Ajai akan mengekstrak bakat terpendam gadis semasa agar kemampuannya akan dapat dioptimumkan dengan sepenuhnya.

Kita sering bersua dengannya di kaca TV, kini beliau bersama projek Gadis Semasa Sunsilk. Sebagai model, pelakon, usahawan, dan pengacara untuk pelbagai isu, Wardina merupakan seorang selebriti semasa yang sering mendapat liputan luas di seluruh negara. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang dipunyainya, Wardina adalah seorang mentor yang cukup sesuai untuk membimbing gadis semasa agar personaliti dan pembawaan dirinya sentiasa mantap, terutamanya dalam industri hiburan tanah air. 

Rambut merupakan mahkota seorang wanita. Sebagai salah seorang pakar dandanan yang disyorkan oleh Sunsilk, Bambang Soteto akan menyerlahkan lagi keanggunan asli gadis semasa yang terpilih. Pereka fesyen rambut terkenal yang telah mendapat latihan di Mannheim, London and Vienna ini akan menggunakan sentuhan kepakarannya ke atas gadis semasa agar tampak menawan setiap masa. Dengan itu, penampilan gadis semasa dari hujung rambut ke hujung kaki akan sentiasa terpelihara. 

Drama realiti akan bermula pada 11 Januari 2011, jam 6 petang di TV3

untuk info yang lebih lanjut sila klik ads yang terpampang di atas dan pergi ke www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk


The Hangman's Daughter

PIALA SUMBANGSIH MILIK KELATE




KARATHU ENGGAN DABIK DADA DENGAN KEMENANGAN KELANTAN DALAM PIALA SUMBANGSIH



GERGASI Pantai Timur, Kelantan mencipta satu lagi lembaran baru apabila menjulang Piala Sumbangsih buat pertama kali setelah membenam Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam.

Berkat bimbingan jurulatih berpengalaman, Datuk M Karathu yang kembali menerajui Red Warriors sejak 18 tahun membawa tuah apabila berjaya menyentap ego Gergasi Merah kuning di hadapan puluhan ribu penyokong setia mereka.

Namun, Karathu enggan angkuh dengan menegaskan Selangor turut memiliki kekuatan tersendiri dan kualiti taktikal serta menyifatkan Amri Yahyah dan Hardi Jaafar sebagai pemain terbaik Selangor.

“Ini satu perlawanan pembukaan yang baik untuk kami sekali gus memungut tiga mata penuh untuk dibawa pulang ke Kota Bharu.

“Saya lihat mereka (Selangor) mempunyai beberapa peluang malah turut diperkuat pemain seperti Amri Yahyah dan Hardi Jaafar yang cukup baik beraksi.

“Namun, apa yang bagus kami dapat atasi Selangor seterusnya meningkat motivasi pemain menjelang perlawanan akan datang,” katanya.



Bukan prestasi terbaik skuad Selangor: Devan 

PENGENDALI Red Giants, K Devan mengakui perlawanan menentang Kelantan dalam aksi Piala Sumbangsih bukan prestasi terbaik pasukannya.

Malah, kehadiran pemain kebangsaan dalam kem Selangor juga tidak begitu membantu untuk menyekat Kijang daripada berpesta di Stadium Shah Alam, kelmarin.

“Saya akui pasukan Selangor tidak beraksi pada tahap sebenar bertemu Kelantan. Kehadiran pemain kebangsaan juga sedikit menghampakan kerana pemikiran dan tumpuan tidak begitu baik dalam permainan.

“Barangkali mereka mempamerkan aksi cemerlang bersama negara kejohanan Piala AFF Suzuki lalu namun gagal untuk diteruskan bersama pasukan negeri,” katanya.

Jaringan pasukan The Red Warriors menerusi tendangan penalti Norshahrul Idlan Talahan dan sepakan percuma Mohd Badri Razi pada babak kedua meranapkan impian Selangor mencipta hatrik julang Piala Sumbangsih sejak memenanginya pada 2009.

“Kelantan mendapat gol menerusi satu gerakan bola mati iaitu menerusi penalti dan sepakan percuma serta peluang itu tidak dipersiakan mereka.

“Apa pun, saya masih berbangga kerana barisan pertahanan kami hanya tewas menerusi ‘set-piece’ dan bukan dalam bentuk jaringan padang.

“Kami juga memiliki banyak peluang, namun gagal disudahkan dalam bentuk jaringan,” katanya.

Selangor memulakan kempen Liga Super 2011 dengan langkah sumbang setelah tewas 0-2 kepada skuad bimbingan Datuk M Karathu.


2 berita tersebut chekleen ambil dari sinarharian online.Bangga..memang bangga dengan prestasi geng kijang atau pahlawan merah dari pantai timur ni.Di mana saja mereka beraksi, tumpuan akan diberikan terhadap permainan mereka..dan chekleen menganggap Ahmad Badhri Radzi atau Piya sebagai Man of The Match bagi pasukan Kelantan dalam Perlawanan Piala Sumbangsih lalu.Kapten pasukan Red Warrior ni memang hebat la, sangat berdedikasi, sentiasa memberi saingan yang mantap kepada pasukan lawan, bangga kawe anok Kelate..dan gol pertama dari Talaha secara tidak langsung telah menanam semangat juang yang tinggi bagi Kelantan untuk menggengam piala Sumbangsih.Tahniah bagi Pasukan Kelantan kerana memberi sinar kegembiraan kepada seluruh rakyat kelantan dengan setiap kemenangan mereka..TAHNIAH!!

KAMI BANGGA KAMI RAKYAT KELANTAN

Hey!!!! IT'S FUN IT'S FREE!!!!

25 December 2010

This is the new shot out..huhu..I am making new entry about this amazing new product of amazon..kind of fun, I can manage the in just a few clicks and DONE!..Here some of downloadable mp3..it is free babes..so just see the with yourself....hey hey see this....huhu..

MERRY CHRISTMAS EVERYONE 


ITS FUN ITS FREE
Come, O Come Emanuel/ What Month Was Jesus Born


I Heard The Bells


O Holy Night


Dance of the Sugar Plum Fairy


Wishing On A Star


The Bell Medley


Club Christmas Sampler



Acorn Music Free Holiday Sampler















Honest Face

JENTERA RED WARRIORS 2010 MENJULANG PIALA MALAYSIA!!

04 December 2010



TAHNIAH KELANTAN KERANA MEMBAWA PULANG PIALA MALAYSIA 2010!

Ketua Jurulatih
1.B. Sathianathan

Jurulatih Penjaga Gol
1. Mohd Halim Napi

Pembantu Jurulatih
1.Hashim Mustapha
2.Ismail Bakar
3 Sidek Samsuddin

Pemain-Pemain The Red Warriors 2010

Penyerang
1. Akmal Rizal
2. Nor Shahrul Idlan Talaha
3. Indra Putra Mahayuddin
4. Mohd Nizab Ayub
5. Che Hishamudi
6. Mohd Ramzul Zahini Adenan
7. Zul Yusri Che Haron
8. Hairuddin bin Omar

Tengah
1 Shakir Shaari
2. Mohd Daudsu bin Jamaludin
3. Piya (Badri Radzi )
4. Nor Farhan Mohamad
5. S Chanturu.
6. Khairan Ezora Razali
7. Wan Zaman Wan Mustafa


Pertahanan
1. Azizi Mat Rose
2. Azlan Zainal
3. S Subramaniam
4. Zairul Fitree Ishak
5. Mohd Rizal Fahmi Abdul Rosid
6. Mohd Zamri Ramli
7. Sharudy Aziz
8. Mohd Farisham Ismail

Penjaga gol
1.Shahrizan Ismail
2.Syed Adney
3.Mohd Khairul Fahmi Che Mat