KARATHU ENGGAN DABIK DADA DENGAN KEMENANGAN KELANTAN DALAM PIALA SUMBANGSIH
GERGASI Pantai Timur, Kelantan mencipta satu lagi lembaran baru apabila menjulang Piala Sumbangsih buat pertama kali setelah membenam Selangor 2-0 di Stadium Shah Alam. Berkat bimbingan jurulatih berpengalaman, Datuk M Karathu yang kembali menerajui Red Warriors sejak 18 tahun membawa tuah apabila berjaya menyentap ego Gergasi Merah kuning di hadapan puluhan ribu penyokong setia mereka. Namun, Karathu enggan angkuh dengan menegaskan Selangor turut memiliki kekuatan tersendiri dan kualiti taktikal serta menyifatkan Amri Yahyah dan Hardi Jaafar sebagai pemain terbaik Selangor. “Ini satu perlawanan pembukaan yang baik untuk kami sekali gus memungut tiga mata penuh untuk dibawa pulang ke Kota Bharu. “Saya lihat mereka (Selangor) mempunyai beberapa peluang malah turut diperkuat pemain seperti Amri Yahyah dan Hardi Jaafar yang cukup baik beraksi. “Namun, apa yang bagus kami dapat atasi Selangor seterusnya meningkat motivasi pemain menjelang perlawanan akan datang,” katanya. Bukan prestasi terbaik skuad Selangor: Devan PENGENDALI Red Giants, K Devan mengakui perlawanan menentang Kelantan dalam aksi Piala Sumbangsih bukan prestasi terbaik pasukannya. Malah, kehadiran pemain kebangsaan dalam kem Selangor juga tidak begitu membantu untuk menyekat Kijang daripada berpesta di Stadium Shah Alam, kelmarin. “Saya akui pasukan Selangor tidak beraksi pada tahap sebenar bertemu Kelantan. Kehadiran pemain kebangsaan juga sedikit menghampakan kerana pemikiran dan tumpuan tidak begitu baik dalam permainan. “Barangkali mereka mempamerkan aksi cemerlang bersama negara kejohanan Piala AFF Suzuki lalu namun gagal untuk diteruskan bersama pasukan negeri,” katanya. Jaringan pasukan The Red Warriors menerusi tendangan penalti Norshahrul Idlan Talahan dan sepakan percuma Mohd Badri Razi pada babak kedua meranapkan impian Selangor mencipta hatrik julang Piala Sumbangsih sejak memenanginya pada 2009. “Kelantan mendapat gol menerusi satu gerakan bola mati iaitu menerusi penalti dan sepakan percuma serta peluang itu tidak dipersiakan mereka. “Apa pun, saya masih berbangga kerana barisan pertahanan kami hanya tewas menerusi ‘set-piece’ dan bukan dalam bentuk jaringan padang. “Kami juga memiliki banyak peluang, namun gagal disudahkan dalam bentuk jaringan,” katanya. Selangor memulakan kempen Liga Super 2011 dengan langkah sumbang setelah tewas 0-2 kepada skuad bimbingan Datuk M Karathu. 2 berita tersebut chekleen ambil dari sinarharian online.Bangga..memang bangga dengan prestasi geng kijang atau pahlawan merah dari pantai timur ni.Di mana saja mereka beraksi, tumpuan akan diberikan terhadap permainan mereka..dan chekleen menganggap Ahmad Badhri Radzi atau Piya sebagai Man of The Match bagi pasukan Kelantan dalam Perlawanan Piala Sumbangsih lalu.Kapten pasukan Red Warrior ni memang hebat la, sangat berdedikasi, sentiasa memberi saingan yang mantap kepada pasukan lawan, bangga kawe anok Kelate..dan gol pertama dari Talaha secara tidak langsung telah menanam semangat juang yang tinggi bagi Kelantan untuk menggengam piala Sumbangsih.Tahniah bagi Pasukan Kelantan kerana memberi sinar kegembiraan kepada seluruh rakyat kelantan dengan setiap kemenangan mereka..TAHNIAH!! KAMI BANGGA KAMI RAKYAT KELANTAN |
0 comments:
Post a Comment