Gadis Semasa Sunsilk merupakan sebuah drama realiti yang mengisahkan tentang pencarian seorang insan yang mampu memenuhi kriteria dan kualiti untuk digelar gadis masa kini. Seseorang itu haruslah mempunyai bakat asli yang cukup menyerlah, mempunyai gayanya yang tersendiri dan yang penting, dialah yang sering disebut-sebut dari bibir ke bibir.
Bersama menjayakan projek ini adalah 3 orang mentor berwibawa yang akan mengasah bakat, menyerlahkan lagi penampilan gadis semasa yang terpilih. Mereka yang tidak asing lagi dalam industri hiburan tanah air ialah Ajai, Wardina dan Bambang Soteto.
Sebagai seorang komposer, penerbit muzik dan penyanyi yang tidak perlu diperkenalkan lagi, Ajai akan mengekstrak bakat terpendam gadis semasa agar kemampuannya akan dapat dioptimumkan dengan sepenuhnya.
Kita sering bersua dengannya di kaca TV, kini beliau bersama projek Gadis Semasa Sunsilk. Sebagai model, pelakon, usahawan, dan pengacara untuk pelbagai isu, Wardina merupakan seorang selebriti semasa yang sering mendapat liputan luas di seluruh negara. Dengan pengalaman dan pengetahuan yang dipunyainya, Wardina adalah seorang mentor yang cukup sesuai untuk membimbing gadis semasa agar personaliti dan pembawaan dirinya sentiasa mantap, terutamanya dalam industri hiburan tanah air.
Rambut merupakan mahkota seorang wanita. Sebagai salah seorang pakar dandanan yang disyorkan oleh Sunsilk, Bambang Soteto akan menyerlahkan lagi keanggunan asli gadis semasa yang terpilih. Pereka fesyen rambut terkenal yang telah mendapat latihan di Mannheim, London and Vienna ini akan menggunakan sentuhan kepakarannya ke atas gadis semasa agar tampak menawan setiap masa. Dengan itu, penampilan gadis semasa dari hujung rambut ke hujung kaki akan sentiasa terpelihara.
Drama realiti akan bermula pada 11 Januari 2011, jam 6 petang di TV3
untuk info yang lebih lanjut sila klik ads yang terpampang di atas dan pergi ke www.facebook.com/GadisSemasaSunsilk
0 comments:
Post a Comment