Perlawanan Antara Kelantan menentang Kedah di Stadium Darul Aman

25 February 2011

Hai everyone...

(entry ini berbahasa melayu pasar)

Tadi aku tengok perlawanan bola antara Kelantan melawan Kedah..once again. Kejadian yang sama aku tengok pemain asyik kren kaki je. Confirm la kejang kaki sepak bola berjam-jam, kena lari laju-laju pula tu. By the way, aku nak mengucapkan tahniah kepada pasukan Kedah dan Kelantan kerana keputusan perlawanan adalah seri dan kerana mereka telah bermain dengan elok. Tahniah Azlan kerana telah berjaya mendapatkan gol untuk Kedah, dan tahniah untuk Mat Yo kerana telah mendapatkan gol untuk Kelantan. Walaupun banyak peluang yang telah terlepas oleh pasukan Kelantan, namun berjaya juga mereka mendapatkan satu gol bagi memuaskan hati penyokong pasukan Kelantan.Perlawanan bola yang aku lihat tadi memang agak laju dan memuaskan. Pasukan Kelantan memberikan sepenuh komitmen mereka semasa bermain bola. Tangkas, cepat dan penuh dedikasi. Hebat la perlawanan tadi. Tahniah untuk Kelantan kerana permainan yang sangat hebat. Aku sebagai penyokong pasukan Kelantan memang terpukau dengan persembahan yang berlangsung tadi.Walaupun banyak peluang yang terlepas namun aku tak dapat nak salahkan pemain kerana mereka sendiri telah berusaha sedaya upaya untuk menjaringkan gol, tapi apakan daya, nasib tidak menyebelahi mereka. Bagi Ahmad Badri atau Piya, sepakan-sepakan menuju ke gawang yang gagal dilakukannya memang agak menimbulkan ketidakpuasan hati bagi aku sebagai penyokong bola sepak Kelantan, dan mungkin bagi mereka-mereka yang lain juga. Beberapa peluang yang hadir di depan mata Piya nampaknya gagal dilaksanakan dengan baik, malahan peluangnya yang terakhir di depan gol Kedah amatlah mengecewakan. Aku sendiri melihat riak muka Piya yang kelihatan agak tidak puas hati dengan keadaannya ketika itu, gol di depan mata yang terlepas. Hanya jeritan kecewa saja yang keluar dari mulut aku, namun permainan Piya masih hebat. Mungkin rezekinya tiada. Kehadiran gol dari Shahrul Idlan Talaha sememangnya memberi semangat kepada pasukan Kelantan. Pertahanan pasukan Kelantan memang mengancam dan aku tabik la especially untuk Daudsu dan Apex dan semua la, aku lupa pulak sape. Pihak serangan pun memang memainkan peranan yang sepatutnya, cuma perlawanan menjadi sengit kerana Kedah turut menampilkan permainan yang mantap.

Bila bercakap tentang referre atau pengadil yang menjaga perlawanan tadi, memang aku agak kecewa dan tidak puas hati.Sangat tidak puas hati.Kalau tak silap aku, itu adalah penjaga gol dari perlawanan antara Terengganu Team menentang Kelantan pada beberapa minggu lalu.Memang aku sangat tak puas hati, kenapa pengadil tu macam tak suka je pemain Kelantan.Okay, tak kisah la kau suka ke tak suka, sangat tak kisah, tapi kenapa setiap kali pemain Kedah luku la, siku la hape la pemain Kelantan, dia macam buat don't know je? Takkan dah makan rasuah kot (ops terlebih sudah..aku tak cakap ye, type je).Memang tak puas hati sangat, Ramzul, Matyo (yang aku ingat jatuh tergolek pasal kena sekat kaki) tapi takde tindakan dari pengadil.Buta ke?Nasib baik seri, ko kan wahai pengadil memang teruk la. Dah tu kalau pemain Kedah kena sikit je ko dah gelabah nak keluarkan kad kuning la hape la..haishh...Okaylah, aku dah tak nak condemn sesape dah, nanti kang ada gak orang cari aku nak hempuk pale kang. Cuma aku harap setiap pengadil lepas ni, silalah buka mata elok-elok, pastu adil la. Ko dah tak takut neraka ke hape buat tak adil ni?(sangat emosi pulak..hehe)..

Kepada Kapten pasukan bola sepak Kelantan, eventhough kitorang penyokong agak kesal pasal gol dan peluang terlepas tadi, tapi kami masih setia menyokong pasukan Kelantan. Lagipun keputusan seri tadi menunjukkan rezeki masih utuh kepada pasukan Kelantan. Dan kepada pasukan Kedah, anda memang antara lawan yang hebat. Good Luck untuk kedua-dua pasukan.




minta maaf atas segala kekasaran bahasa, hanya sekadar sebuah pendapat dan sebuah entry..terima kasih

0 comments: