Antara isi kandungan di dalam buku A Doctor In The House : The Memoirs of Tun Dr Mahathir Mohamad

09 March 2011


  • Kisah Tun Daim Zainuddin, seorang ahli perniagaan yang tidak pernah terfikir untuk menjadi menteri tetapi akhirnya dilantik sebagai Menteri Kewangan apabila Tengku Razaleigh Hamzah mengosongkan jawatanselepas Perhimpunan Agong UMNO 1984.
  • Operasai Lalang (Ops Lalang) membabitkan penahanan beramai-ramai lebih 100 orang termasuk ahli politik pembangkang di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada 1987 menyebabkan Dr Mahathir dilabel sebagai diktator.
  • Dr Mahathir adalah Perdana Menteri pertama bukan  read more
  • daripada aliran undang-undang sepertimana 3 Perdana Menteri Malaysia sebelum beliau sekaligus mencetuskan konflik dalam pentadbiran undang-undang negara.
  • Seorang anak saudara Dr Mahathir turut terlibat dalam gejala dadah tetapi telah insaf. Menunggang motosikal berkelajuan tinggi adalh hobi anak saudaranya itu selepas pulih dari gejala dadah, akan tetapi anak saudaranya itu telah terbunuh dalam insiden kemalangan jalan raya.
  • Dr Mahathir mengaku pernah terlibat dalam pasaran gelap sewaktu zaman penjajahan Jepun dengan menjual pakaian lama, barang perhiasan dan beberapa barang milik peribadi termasuk rokok yang diperoleh daripada tentera Jepun.
  • Beliau meragui samada benar pengganas terlibat dalam peristiwa 11 September 2001 atau ia hanya drama yang dipentaskan untuk meyakinkan dunia mengenai serangan serius pengganas terhadap Amerika Syarikat.
  • Dr Mahathir amat kecewa dan marah apabila kerajaan membatalkan projek Jambatan Bengkok yang bakal menghubungkan Malaysia dan Singapura di Johor Bahru pada 2006. Beliau menuduh kerajaan Malaysia di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi lebih prihatin terhadap kepentingan Singapura berbanding negara sendiri.
  • Selepas menyerahkan tugas Perdana Menteri kepada Abdullah Ahmad Badawi pada 31 Oktober 2003, akhbar-akhbar telah menyiarkan gambar simbolik penyerahan satu fail berwarna biru kepada Abdullah namun pada hakikatnya, kata Dr Mahathir, tiada apa-apa di dalamnya.
  • Tun Dr Mahathir Mohamad hanya memiliki 2 buah kenderaan iaitu kereta Perodua Kancil dan Proton Saga yang dibayar dengan wang sendiri. Kenderaan lain semuanya didaftarkan di bawah Kementerian Kewangan dan merupakan harta kerajaan.

3 comments:

Peluka Hati said...

hebat btul Tun Mahathir ni ....selepas dia letak jawatan baru org sedar kemampuan dia sebenar...tk mcm pembangkang jual air liur je...apa pun tkde :)

Peluka Hati said...

salam...chekleen peluka share link tun mahathir ni kat bloog peluka ok :)

The Official Miss CHEKLEEN said...

boleh je kalo nak share eh peluka...amek je..
btw entry ni just sebagai sokongan kep[ada buku penulisan tun dr m, takde pape.. :)